rap

Tak mahu ungkit lagi - Uqasha

Oleh Ramlah Zainal

"Kes sudah ditutup dan semuanya sudah selesai," kata pelakon popular Uqasha Senrose, 25, mengenai kes dia ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan dadah jenis Eramin 5 dalam beg tangannya pada 6 Mei lalu.

Uqasha berkata, kejadian itu mematangkannya dalam meniti kehidupan sebagai selebriti.

"Sebenarnya, tiada apa yang berlaku pun. Saya juga tidak mahu mengungkit lagi kejadian itu. Kini, tiba masanya untuk saya fokus kepada kerjaya lakonan,"katanya.

Uqasha berkata, dia juga akan lebih berhati-hati dalam pergaulannya selepas ini.

“€œSemuanya bergantung pada pendirian kita. Saya juga akan menjauhkan diri dari perkara yang negatif. Kejadian yang berlaku turut mengeratkan lagi hubungan dengan ahli keluarga yang sentiasa menyokong,” €katanya.

Dadah itu ditemui dalam beg tangannya selepas Uqasha terbabit dalam kemalangan di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dipetik sebagai berkata, ujian air kencing yang dijalankan ke atas Uqasha mendapati ia negatif dadah.

Pelakon itu juga dibebaskan selepas keterangannya direkodkan.

Disiarkan pada: August 2, 2018 @ 7:16pm
d