rap

'Tunggu tau... pelacur kedua datang'

Oleh Amirul Haswendy Ashari

PENGARAH dan penerbit drama Nur, Shahrulezad Mohameddin atau Ezad mencari watak pelacur kedua yang akan digandingkan bersama watak utama Nur dilakonkan oleh Amyra Rosli.

Ditemui di set penggambaran drama terbaru arahannya berjudul Budak Usin, Ezad akui watak pelacur kedua itu akan beri impak hampir sama seperti Nur.

"Saya sekarang pening mencari pelakon sesuai memegang watak itu kerana perlu sepadan dengan penceritaan dan karakter saya bayangkan.

"Rakan ada mencadangkan beberapa nama. Malah ada artis wanita popular berbakat menawarkan diri tetapi saya tidak lihat mereka sesuai kerana beberapa faktor," katanya.

Ezad turut mencari karakter baru diberi nama Suraya untuk memegang watak kekasih Amirul.

Katanya, banyak elemen penambahan dan pengurangan akan dilakukan melalui drama Nur 2 selain beberapa isu besar seperti perkahwinan bawah umur.

Ezad mendedahkan sebaik sahaja pencarian watak selesai penggambaran drama sekuel itu akan dimulakan pada Disember ini.

Selain itu, dia meminta Amylea menghasilkan lagu runut baru setanding atau mungkin lebih baik daripada lagu Tak Pernah Hilang yang menjadi lagu runut drama Nur.

Lagu itu hingga kini 'berhantu' dan masih dimainkan di corong radio tempatan. Saya percaya Amylea mampu melakukannya," kata Ezad positif.

Dia berkata, drama Nur 2 akan mengekalkan barisan pelakon asal seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle dan Azhan Rani.

Disiarkan pada: August 3, 2018 @ 6:54pm
d