rap

Ejen Ali The Movie berteknologi terbaru

Oleh Zanariah Abd Mutalib

CYBERJAYA: Selepas kejayaan siri animasinya di dalam negara dan pentas Asia Tenggara, Ejen Ali bakal menemui peminatnya menerusi filem "Ejen Ali The Movie" pada hujung tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation, Usamah Zaid, berkata filem ejen rahsia cilik pertama itu dijangka menelan belanja RM5.5 juta dan akan menampilkan teknologi terbaharu bagi meningkatkan mutu animasi untuk format filem layar lebar.

"Kami sudah memulakan proses pengembangan idea "Ejen Ali The Movie" sejak tahun lalu dan berusaha bersungguh-sungguh bagi meneroka teknologi terkini.

"Kami harap gabungan perjalanan cerita Ejen Ali yang paling peribadi setakat ini dan adegan penuh aksi akan memuaskan hati peminat setia serta turut memikat penonton baharu ke dunia Ejen Ali," katanya pada sidang media selepas menghadiri Persidangan dan Festival Kandungan Kre8tif! 2018 di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Bahagian Kandungan Kreatif dan Teknologi, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Hasnul Hadi Samsudin dan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Primeworks Studios Sdn Bhd (Primeworks Studios), Yanti Ishak.

Disiarkan pada: August 8, 2018 @ 5:14pm
d