rap

Cemas saintis diserang jerung gergasi

Oleh FILEM: The Meg

BAGI yang mendambakan filem aksi berkaitan haiwan ganas bersaiz gergasi, tentunya filem The Meg antara yang dinanti.

Diterajui Jason Statham dan Li Bingbing, The Meg bukanlah filem yang terlalu bagus tetapi tidak juga teruk. Dalam kata lain, ia 50/50.

Saat melangkah masuk ke dalam pawagam, dalam kepala masih bermain beberapa babak daripada filem jerung klasik Jaws yang diterbitkan pada 1975. Namun, jangkaan tentunya berlebihan berbanding filem-yang meletakkan jerung sebagai pemangsa sebelum ini.

The Meg bermula dengan aksi ringan apabila karakter Jonas Taylor lakonan Statham menyelamatkan sepasukan saintis yang diketuai Dr Heller (Robert Taylor) daripada serangan jerung gergasi.

Babak awal itu sudah mampu membuatkan adrenalin penonton berkocak seketika.

Kemudian, penonton dibawa ke lima tahun kemudian apabila Jonas terpaksa membantu lagi pasukan yang diketuai Dr Minway Zhang (Winston Chao) dan anaknya, Suyin Zhang (Li Bingbing) menentang jerung purba gergasi itu daripada spesies Megalodon.

Ada beberapa babak yang boleh dikatakan agak perlahan tetapi tidaklah terlalu ketara sehingga membuatkan penonton terlelap. Soal elemen kejutan, tentunya ada babak-babak yang membuatkan jantung penonton berdegup kencang. Babak cemas juga tidak keterlaluan dan tidak juga lemah.

Latar tempatnya juga tidak terlalu banyak kerana hampir separuh durasi filem ini berlatarbelakang lautan dan pantai.

Dari segi lakonan, semua sedia maklum persembahan Statham. Dalam pada melakukan pelbagai aksi, akan diselitkan juga elemen humor. Namun, ada beberapa babak yang nampak tergesa-gesa untuk dihabiskan dan longgar.

Secara keseluruhan, The Meg sesuai ditonton mereka yang menggemari filem bercorak begini.

Disiarkan pada: August 12, 2018 @ 2:35am
d