rap

BTS atasi rekod Justin Bieber

Oleh Georgie Joseph

Kumpulan terkenal BTS melakar kejayaan demi kejayaan. Selepas popular di Hollywood, BTS memecah rekod yang dipegang Justin Bieber menerusi Carta Sosial 50 Billboard apabila terus kekal di tangga teratas.

Kumpulan itu bertahan selama 57 minggu sekali gus mengatasi rekod Justin yang pernah kekal selama 56 minggu berturut-turut dalam carta terbabit.

Nampaknya, perjuangan kelab peminat kumpulan itu yang digelar ARMY tidak sia-sia apabila sokongan mereka berakhir dengan kejayaan indah.

Pastinya mereka kini bersuka ria apabila BTS meraih kejayaan luar biasa di pentas muzik antarabangsa.

Terdahulu, BTS menjadi artis pertama Korea Selatan diundang ke pelbagai acara berprofil tinggi di Amerika Syarikat (AS). Bahkan, nama besar di sana turut menyatakan rasa kagum mereka terhadap kumpulan itu.

Mereka juga pernah mencipta rekod menjadi artis paling popular di media sosial sekali gus mengetepikan bintang Hollywood lain.

BTS turut mendapat kepercayaan menjayakan persembahan pada acara berprestij Billboard Awards 2017 dan 2018.

Disiarkan pada: August 16, 2018 @ 12:59pm
d