rap

Netizen marah lakonan bertudung tapi...

Oleh Ramlah Zainal

MUKA baru, Scha Elinnea, 19, memohon maaf kepada peminat kerana memuat naik gambar terlalu seksi yang menampakkan sebahagian payudaranya sehingga mendapat kecaman netizen baru-baru ini.

Menurut pelakon yang dikenali dengan watak Jannah dalam drama bersiri popular Mr Grey itu, dia akan lebih berhati-hati untuk memuat naik gambar di laman Instagram miliknya selepas ini.

“Saya tidak sangka gambar seksi itu akan dikecam netizen kerana saya memang sudah tampil dengan imej seksi sebelum bergelar artis.

“Netizen kritik mungkin kerana impak watak bertudung yang dilakonkan dalam drama Mr Grey sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

Scha Elinnea yang juga ‘instafamous’ dengan memiliki jumlah pengikut seramai 233,000 orang juga akan mengurangkan gambar seksi untuk dimuat naik di akaun Instagramnya selepas ini.

“Saya menerima kritikan dengan hati terbuka dan akan berubah secara perlahan-lahan kerana peminat.

“Sebagai pelakon baru, saya akan lebih sensitif dengan isu ini kerana sering ditawarkan watak bertudung dalam drama.

“Saya juga melakonkan watak bertudung dalam drama bersiri Pencuri Cinta Kelas Satu,” katanya.

Terdahulu, beberapa keping gambar milik Scha Elinnea menjadi bualan netizen apabila cara berpakaiannya dikritik kerana terlalu seksi.

Menerusi entri di Instagram, gambar yang dimuat naik Scha Elinnea dikatakan terlalu seksi dan menampakkan lurah dadanya.

Tindakannya itu juga menimbulkan reaksi kurang selesa di kalangan peminatnya.

Disiarkan pada: August 17, 2018 @ 4:08pm
d