rap

Enggan komen kontrak 'puluhan ribu'

Oleh Rudy Imran Shamsudin

PELAWAK dan anggota kumpulan Shiro, Shahrol Azizie Azmi tidak mahu fikir soal bayaran yang diterima kembali ke konti selaku penyampai radio.

Ia berikutan desas desus kedengaran Shahrol kembali sebagai penyampai di sebuah stesen radio disebabkan kontrak tinggi ditawarkan mencecah puluhan ribu ringgit.

Shahrol berkata, dia gembira sekali lagi diberi peluang meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio yang diminatinya sejak dulu.

Malah, bayaran dikatakan lebih berbanding apa pernah diterima ketika bertugas di stesen radio sama sebelum ini selama tiga bulan sebelum membuat keputusan tidak menyambung kontrak dan pulang ke kampung halamannya di Kluang, Johor.

Katanya dihubungi hari ini Shahrol bagaimanapun enggan mengesahkan jumlah ditawar stesen radio terbabit sebaliknya menegaskan bayaran diterima setimpal dengan komitmen harus dilakukan.

“Sekarang boleh dikatakan kerjaya utama saya adalah sebagai penyampai radio. Saya mahu fokus sekarang ini.

“Tambahan pula saya bekerja di sebelah pagi bermula jam enam pagi hingga 10 malam dan kemudiannya saya harus teruskan dengan kerja pejabat di stesen radio,” katanya.

Kata Shahrol lagi, tawaran lain termasuk menjayakan program televisyen hanya dilakukan sekiranya ia tidak mengganggu jadual di konti.

“Sekarang saya sibuk menjayakan program realiti lawak Super Spontan. Bagaimanapun ia tidak mengganggu kerja kerana sesi latihan dan persembahan dilakukan sebelah malam.

“Saya tidak mahu terlalu tamak melakukan dua tiga kerja dalam satu masa kerana bimbang memberi kesan pada corak persembahan sebagai penyampai radio di sebelah pagi,” katanya.

Disiarkan pada: August 24, 2018 @ 1:02pm
d