rap

Blake Lively

Oleh Georgie Joseph

Aktres Blake Lively mengakui Ryan Reynolds suami yang memahami dan sentiasa bertoleransi.

Blake, 30, bahkan mendedahkan pelakon Deadpool itu tidak mudah cemburu meski dia perlu melakonkan adegan intim.

Membintangi A Simple Favour yang bakal ditayangkan bulan depan, Reynolds tidak halang Blake melakukan adegan mesra bersama Henry Golding dalam filem itu.

“Henry memang menarik dan mengagumkan tetapi Ryan tidak cemburu. Tidak ada sebab untuk dia cemburu. Andai berada di tempatnya, saya pun tidak akan cemburu.

“Saya pasti wanita yang bodoh jika tiba-tiba meninggalkan suami hanya kerana lelaki lain,” katanya.

Blake juga beruntung apabila suaminya sangat teliti apabila membabitkan soal fesyen. Pasangan berkenaan sentiasa mencuri tumpuan ramai apabila tampil berdua di karpet merah.

Blake aktres hebat, Reynolds akan pastikan dirinya tampak segak dan paling penting, apa yang dipakai sedondon dengan busana Blake.

“Saya bertuah memiliki suami yang sangat menghormati fesyen dan seni reka. Dia akan tanya apa yang saya pakai setiap kali menghadiri acara sama.

“Dia sebolehnya mahu kami tampak sedondon dan cantik di hadapan khalayak,” katanya.

Dalam pada itu, Blake tidak ketinggalan menyokong apa sahaja yang diusahakan suaminya termasuklah perniagaan alkohol.

“Meskipun tidak menyukai arak, sebagai isteri, saya mesti sokong perniagaan suami.

“Di rumah saya jadi pembancuh minuman itu untuk suami. Ramai berasa pelik kenapa saya jadi tukang bancuh walhal saya tidak minum pun. Itu bukti betapa kasihnya saya terhadap suami,” katanya.

Disiarkan pada: August 26, 2018 @ 1:00am
d