rap

Bijak bahagi masa

Oleh Najiy Jefri

Aktres jelita Kareena Kapoor mengaku tiada masalah membahagikan masa antara kerjaya lakonan dan keluarga.

Kata Kareena, sebagai wanita, penting menyeimbangkan masa antara keluarga, kerjaya dan rakan.

"Saya seorang ibu dan isteri yang bekerja. Saya berharap wanita faham betapa pentingnya untuk kita mencari keseimbangan dalam hidup. Kena pandai bahagikan masa sebaiknya di antara tuntutan tugas sebagai isteri, ibu, rakan dan pekerja.

"Saya harap wanita mengambil inspirasi daripada apa yang cuba saya lakukan," katanya.

Disiarkan pada: August 28, 2018 @ 12:22pm
d