rap

Aziz tunai janji mak ayah

Oleh Amirul Haswendy Ashari

PENYANYI Brunei, Aziz Harun, 20, mahu menunaikan janji kepada ibu bapanya dengan kembali meneruskan pengajian di kolej swasta, bulan depan.

Penyanyi dikenali melalui lagu Beautiful dan Senyum, berkata dia berjanji pada mereka untuk meneruskan pengajian selepas setahun bergelar penyanyi.

“Bermula bulan depan (September), saya meneruskan pengajian dalam bidang ekonomi perniagaan.

“Selepas setahun pengajian, saya akan habiskan baki dua tahun di universiti luar negara pula,” katanya.

Baginya, janji itu tidak boleh dilengahkan lagi kerana pelajaran sangat penting walaupun lagu-lagunya mula diterima peminat tempatan.

Pun begitu, dia mengakui tiada masalah membahagikan masa kerana kebanyakan tawaran persembahan berlangsung pada hujung minggu.

Sebaik saja menghabiskan setahun di Malaysia, Aziz akan meneruskan pengajian dua tahun di Universiti Cardiff, United Kingdom (UK) pada 2020.

Disiarkan pada: August 29, 2018 @ 2:02pm
d