rap

Khai waspada...

Oleh Georgie Joseph

PENYANYI Bahar mengakui dia tidak akan melampaui batas dalam komennya di media sosial setiap kali berkomunikasi dengan peminatnya.

Khai, 24, berkata dia tahu batasnya dan disebabkan itulah lebih suka meninggalkan komen umum tanpa menujukan kepada sesiapa secara spesifik demi mengelak salah faham.

“Setakat ini, Alhamdulillah tiada salah faham yang berlaku meskipun saya banyak juga berkomunikasi dengan peminat di media sosial. Kebanyakan komen saya tinggalkan pun lebih kepada gurauan.

“Saya suka berbuat demikian supaya peminat lebih dekat dengan saya meskipun komen saya ditujukan kepada umum. Saya gembira apabila melihat mereka pun gembira.

“Meskipun terlalu mesra kepada mereka namun saya masih tahu menjaga batas saya. Ini saja cara untuk membalas jasa setiap mereka yang terus menyokong saya sehingga sekarang,” katanya.

Khai mengakui penting buatnya untuk sentiasa mencari masa membalas komen ataupun berinteraksi lebih kerap bersama peminatnya.

Menurutnya, dia tidak melihat ia satu beban bahkan seronok apabila ada usaha sendiri untuk dapat menggembirakan mereka.

“Bukan mahu tunjuk baik atau apa namun niat saya adalah untuk berusaha menggembirakan mereka. Ia tidak membebankan langsung pun apalagi dengan teknologi sekarang yang mudah merapatkan sesiapa,” katanya.

Disiarkan pada: August 30, 2018 @ 5:25pm
d