rap

Muahciked: Enggan letak harapan tinggi

Oleh Ayda Jebat

Salam Ahad dan selamat berehat kepada semua.

Adik sihat dan harap anda juga berada dalam keadaan yang baik.

Selamat Hari Kebangsaan ke-61 untuk tanah air kita yang tercinta ini. ‘Happy Birthday Malaysia’. Semoga terus aman, makmur dan sejahtera negaraku.

Haa, memandangkan Adik masih lagi dalam ‘mood’ meraikan merdeka, apa yang nak Adik luahkan adalah perasaan syukur tidak terhingga sebagai anak Malaysia.

Terus-terang, apa yang Adik nak kongsikan adalah pencapaian dalam karier setakat ini. Adik memang tak sangka nama dan bakat Ayda Jebat (AJ) sangat diterima baik. Terima kasih ya penyokong semua.

Tanpa kesudian anda menyokong Adik, rasanya AJ tidak akan berada sejauh ini terutama sokongan yang diberikan Ayda Jebat Screamers (AJS) yang memang Adik kagum dan bangga.

Apapun, rasanya kini bahang kehangatan penganjuran Anugerah Bintang Popular BH 2018 (ABPBH 2018) sudah mula dirasai. Adik bersyukur nama masih lagi dicalonkan.

Namun, Adik tak mahu letak harapan tinggi. Masih lagi dicalonkan pun, Adik sudah bersyukur tidak terhingga. Apa pun, rezeki ketentuan Allah.

Untuk 2018 ini, Adik amat gembira dengan perjalanan karier. Sama ada berlakon atau menyanyi, kedua-dua bidang ini membuatkan Adik tersenyum ceria. Alhamdulillah, bergerak seiring.

Bagaimanapun, Adik tahu ada ramai juga geram dengan Aryana dalam drama Cinta Bukan Kristal di TV3 yang ada iras muka Adik tu. Hahahaha! Nekad betul Aryana tu kan.

Apa pun,Aryana hanya mahu mengejar impian untuk cinta dan hidup senang. Adik pun yakin, kebanyakan daripada kita ada impian tersendiri yang nak dicapai seperti Aryana.

Cuma, pilihan di tangan masing-masing. Jadi, biarlah Aryana dengan caranya dan pada penonton drama Cinta Bukan Kristal, Adik harap jangan terlalu geram dan bengang dengan Aryana.

Nanti, Adik cubalah nasihatkan dia ya. Biasalah, bukan senang sebenarnya untuk mencari dan mendapatkan cinta yang tulus ikhlas. Eh, apa ni?

Ok, Adik tutup cerita mengenai cinta dan sekali lagi diucapkan terima kasih kerana menyokong karier seni Adik. Teruskan sokongan itu ya!

Doakan Adik terus berjaya dan tak hilang fokus. Apa pun, jadual Adik yang padat ada kalanya memang kurang masa berehat. Tapi, Adik akan jaga kesihatan.

Demi anda semua, Adik terus bersemangat. Rasa penat itu biasanya hilang apabila melihat sokongan positif anda pada drama lakonan Adik. Dahlah, selamat berhujung minggu okay.

Oh! Malaysiaku, aku sayang padamu. Semoga Malaysia terus berjaya terutama di arena Sukan Asia Jakarta - Palembang. Tahniah pada semua atlet negara.

#Negarakumerdeka61

Disiarkan pada: September 2, 2018 @ 4:15am
d