rap

Dituduh macam wanita...

Oleh Najiy Jefri

"INILAH saya. Tak kira bagaimana penampilan luar, saya sudah merasai pelbagai cabaran dan bangga dengan kekuatan diri," jawab pelakon Nazim Othman di Instagram terhadap tuduhan netizen yang mendakwa penampilannya kelihatan feminin.

Nazim turut menjelaskan dia bukan seorang yang mudah melatah meski dituduh sebagai lelaki gay hanya kerana solekannya dikatakan lebih tebal daripada wanita.

"Adakalanya kita akan jumpa orang baik. Saya lebih menekankan terhadap individu yang sanggup mengorbankan masa tenaga dan usaha untuk rakan mereka.

Baru-baru ini, Nazim berkongsi klip video ketika menjalani sesi fotografi untuk sebuah penerbitan digital.

Beserta video itu, Nazim turut menulis status mengenai cacian segelintir netizen terhadap penampilannya.

Nazim turut menjawab permintaan seorang pengikut yang meminta dia berhenti menyanyi.

Nazim bagaimanapun tidak kecil hati sebaliknya memberitahu kata-kata dilemparkan tidak akan membuatnya putus asa daripada menyanyi.

"Saya berharap anda akan bahagia dengan kehidupan dan berjaya pada masa depan," tulisnya pernah menghasilkan single berjudul Kerana Cinta Mac tahun lalu.

Disiarkan pada: September 4, 2018 @ 3:48pm
d