rap

Solo je... lagi senang

Oleh Ramlah Zainal

PELAKON Hannah Delisha menafikan dakwaan dia kini bermasam muka dengan pelakon Syafiq Kyle seperti yang heboh diperkatakan ramai ketika ini.

Menurut Hannah, hubungannya dengan Syafiq juga masih baik sejak bergandingan dalam drama bersiri Mencintaimu Mr Photographer sampailah sekarang.

“Terus terang, saya dan Syafiq hanya rapat sebagai rakan artis sejak bergandingan dalam drama bersiri itu.

“Cuma netizen yang mengharapkan kami bercinta kerana keserasian dalam drama berkenaan.

“Sedangkan kami tiada hubungan istimewa pun dan saya juga masih selesa dengan status solo lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas dakwaan dirinya enggan menjayakan sesi promosi filem Langsuir bersama Syafiq pula, kata Hannah, dia turut menafikan cerita yang tersebar itu.

“Sebagai pelakon utama filem Langsuir pastinya saya mahu menjayakan promosi filem seram arahan pengarah terkenal Osman Ali itu.

“Tapi sayangnya, saya sering tidak dapat menjayakan sesi fotografi yang diatur bersama Syafiq kerana terikat dengan penggambaran drama bersiri Alamatnya Cinta ketika ini,” katanya.

Pada masa sama, kata Hannah, dia dan Syafiq masing-masing juga bersikap profesional ketika bekerja.

“Sebenarnya, kami juga tidak suka mencampuradukkan antara urusan karier seni dan peribadi,” katanya.

Disiarkan pada: September 7, 2018 @ 7:30pm
d