rap

Hrithik Roshan sunting filem

Selain dikenali sebagai pelakon serba boleh, Hrithik Roshan turut hebat dalam proses penyuntingan filem.

Terbaru, Hrithik melakukan beberapa proses suntingan bagi filem Super 30 lakonannya, namun terdapat beberapa peraturan yang perlu diikuti.

Menurut sumber, Hrithik dibenarkan menyunting filem itu bersama penyunting. Selepas itu, pengarah Vikas Bahl akan memerhati hasil kerja terbabit bagi menambah input.

Walaupun pembabitannya itu hanyalah sekadar pelakon, kesungguhan Hrithik mendapat pujian ramai apabila dia bekerja keras untuk memastikan setiap filem lakonannya berjaya.

Disiarkan pada: September 11, 2018 @ 7:29am
d