rap

Sorry, Syura tak layan 'sugar daddy'...

Oleh Amirul Haswendy Ashari.

PENYANYI Syura Badron, 33, akui kerap menerima tawaran daripada segelintir lelaki 'hidung belang' yang menawarkan diri mereka menjadi 'sugar daddy'.

"Ada antara mereka menghantar pesanan peribadi melalui 'Direct Message' (DM) di laman sosial sejak dua minggu lalu.

"Itu belum dikira lagi mereka yang menghubungi saya melalui telefon bimbit sejak beberapa tahun lalu," kata Syura.

Penyanyi itu ketika dihubungi Harian Metro mendakwa, tawaran dibuat mereka membuatkan dirinya rasa dihina, kecewa dan marah.

Dia tidak menafikan ada segelintir wanita suka mengambil jalan mudah untuk mendapatkan kemewahan dan kesenangan.

Katanya, sebagai seorang wanita, dia mengambil pendirian untuk tidak akan sesekali berurusan apatah lagi menerima tawaran daripada 'sugar daddy' walaupun berdepan dengan masalah kewangan.

"Tambahan pula, saya sudah mula berdikari mencari duit sejak kecil lagi untuk membantu keluarga.

"Tidak perlu menjadi hamba duit, teruslah berusaha sebab saya pasti setiap kesusahan pasti diakhiri dengan kesenangan," katanya.

Katanya, dia tidak akan memberi respon, malah akan mengelak mereka dengan cara baik.

Penyanyi berstatus ibu tunggal itu juga akan memberi pelbagai alasan sekiranya mereka mengajak untuk bertemu.

Kata Syura, dia perlu menolak pelawaan mereka secara baik kerana tidak tahu jika mereka ada menyimpan dendam dan Syura tidak mahu perkara buruk berlaku di masa depan.

Disiarkan pada: September 14, 2018 @ 11:52am
d