rap

Tulus pukau Istana Budaya

Oleh Syafil Syazwan Jefri

LEBIH 1,400 penonton membanjiri Istana Budaya untuk menyaksikan konsert Tulus Live, semalam.

Penyanyi dari Indonesia itu mempersembahkan 15 lagu popularnya dalam konsert berdurasi dua jam turut berterima kasih kepada penonton yang hadir.

“Terima kasih kepada penonton yang hadir dan ini di luar jangkaan saya sebagai penyanyi yang pertama kali mengadakan konsert di negara ini.

“Bukan saja peminat, ada juga artis-artis tempatan yang hadir memberikan sokongan kepada saya antaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza,” katanya kepada Harian Metro.

Tulus, 31, berharap dia akan berpeluang untuk beraksi di Kuala Lumpur pada masa depan.

“Tentunya saya berharap akan ada peluang lagi untuk saya mengadakan konsert di Kuala Lumpur. Kalau ada peluang, saya nak bawa lebih ramai pemuzik,” katanya.

Selain Siti Nurhaliza, beberapa artis lain yang datang memberikan sokongan adalah Nabila Huda, Misha Omar dan Sherry Alhadad.

Disiarkan pada: September 19, 2018 @ 12:28am
d