rap

'Hati-hati Mail' - Sarah Suhairi

Oleh Rudy Imran Shamsudin

“SEBAGAI seorang kawan dan teman sesama artis, saya nasihatkan Mail agar sentiasa berhati-hati,” ujar Sarah Suhairi apabila ada pihak cuba mengaitkan namanya dengan Ismail Izzani.

Terdahulu, pelbagai isu panas dibangkitkan Fathia dan Zarina Annjoulie terhadap Ismail sehingga ada peminat menasihati agar Sarah tidak berkawan rapat dengan Ismail.

Umum mengetahui Sarah mula mengenali Ismail selepas dia mendendangkan semula lagu dipopularkan penyanyi yang popular dengan lagu Sabar itu dan memuat naik ke laman sosial.

Kedua-dua penyanyi yang sedang mencipta nama itu mengakui pernah keluar bersama ditemani rakan lain. Tampil berduet di program realiti sehingga tular, menguatkan lagi pandangan umum bahawa Sarah dan Ismail sememangnya rapat.

Menjelaskan mengenai saranan peminat itu, Sarah ketika dihubungi hari ini, menjelaskan hubungannya dengan Ismail.

“Benar kami memang berkawan tetapi tidaklah rapat dan selalu bertemu kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.

“Jujur saya sendiri tidak tahu akan kontroversi dan isu yang dikaitkan dengan Mail. Lagipun saya tidak berhak untuk mencampuri urusannya,” katanya.

agaimanapun kata Sarah, sebagai seorang kawan yang jarang berjumpa, dia berharap Ismail berhati-hati dengan sebarang tindak-tanduk dilakukan.

“Apa yang berlaku kepada Mail boleh menjadi pengajaran kepada saya sendiri sebagai pendatang baru dalam industri seni.

“Kadang-kadang sebagai pendatang baru kita tidak tahu tindak-tanduk kita itu sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang pihak lain. Menjaga diri adalah jalan terbaik,” katanya.

Kata Sarah lagi, kemungkinan isu yang dibangkitkan itu adalah perkara lama dan dia sendiri tidak tahu menahu akan hujung pangkal kebenaran kontroversi Ismail yang hangat diperkatakan itu.

Disiarkan pada: September 19, 2018 @ 2:57pm
d