rap

'Saya lebih mengenali Aeril' - Wawa Zainal

Oleh Najiy Jefri

“SAYA lebih mengenali suami saya luar dan dalam. Walaupun ramai yang mempertikaikannya, saya lebih mengenali keperibadian suami berbanding orang luar.”

Demikian kata pelakon Wawa Zainal mengenai dakwaan gambar bogel yang tersebar di media sosial kononnya milik suaminya yang juga pelakon Aeril Zafrel.

Menurut Wawa, kali pertama melihat gambar itu, dia sudah nampak jelas perbezaan lelaki dalam gambar terbabit dengan Aeril.

"Kali pertama saya tengok gambar itu ia langsung tidak sama dengan fizikal Aeril.

"Cuma ketika saya 'zoom' wajahnya memang ada sedikit persamaan, tapi apabila diperhati bahagian jambang dan dahi ia jauh beza,” katanya.

Sementara itu, Aeril yang ditemui pada malam gala dan penghargaan Wawa Cosmetic memberitahu, dia tidak akan membuat laporan polis selagi tidak mendatangkan kemudaratan terhadap dirinya.

"Memang susah nak mengenal pasti individu yang memuat naik gambar itu. Tidak ada siapa yang akan mengaku.

"Jadi kalau buat laporan polis pun tak guna, namun kalau perkara ini berlanjutan dan jadi lebih teruk, baru saya ambil tindakan," katanya.

Ahad lalu, kecoh di media sosial membabitkan gambar bogel individu yang dikatakan iras Aeril Zafrel.

Bagaimanapun menerusi akhbar ini, Aeril menafikan perkara itu.

Berita berkaitan

Bukan gambar bogel Aeril Zafrel lah...

Disiarkan pada: September 20, 2018 @ 5:01pm
d