rap

Syafiq bengang

Oleh Rudy Imran Shamsudin

PENYANYI semakin mencipta nama, Syafiq Farhain marah dan bengang apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita ayahnya yang juga bekas penyanyi utama Iklim, Saleem sudah meninggal dunia.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Maafkan Aku, orang yang mengatakan ayahnya sudah meninggal dan sesuka hati menyebarkan berita terbabit, sepatutnya bertanya kepada ahli keluarga terlebih dulu.

"Kalau cerita lain mungkin saya boleh diterima tapi ini soal kematian. Hentikan sebar cerita palsu.

"Saya ingin nasihatkan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab itu kalau tidak tahu cerita sebenar lebih baik duduk diam.

Syafiq juga menasihati pihak terbabit tidak perlu bersusah payah untuk berfikir dan mereka cerita.

"Jangan ambil kesempatan atas kesempitan orang lain, daripada duduk buat mulut sana sini apa kata kalau mereka mendoakan ayah saya sembuh dan sihat secepat mungkin," katanya.

Saleem semalam dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang, selepas kemalangan.

Saleem dilanggar dari arah belakang oleh kereta sewaktu menunggang motosikal dan patah 12 tulang rusuk dan satu daripadanya tertusuk paru-paru.

Ditanya lanjut mengenai perkembangan ayahnya terkini kata Syafiq, keadaan ayahnya stabil dengan bantuan mesin.

Berita berkaitan

Doakan Saleem lekas sembuh

[UPDATE] 12 tulang rusuk Saleem patah

'Saleem masih dirawat, bukannya meninggal' - Liza

Disiarkan pada: September 22, 2018 @ 3:52pm
d