rap

Zara Zya patah hati ke?

Oleh Rudy Imran Shamsudin

“BIASALAH adat bercinta dan saya tak nak cakap lebih,” ujar dramatis, Zara Zya membabitkan komen dimuat naik di laman Instagramnya.

Zara Zya memuat naik kenyataan ‘bila kita je beria tapi dia tidak’ dan emoticon patah hati menyebabkan ramai membuat andaian dia dan Hafreez Adam sudah memutuskan hubungan.

Ditemui di majlis Pengumuman Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-31 (ABPBH31) di Istana Budaya, hari ini, Zara mengakui memuat naik kenyataan terbabit adalah satu kesilapan.

“Saya tidak sepatutnya memuat naik kenyataan terbabit. Tetapi waktu itu hati saya tengah panas dan terlalu menurut perasaan.

“Biasalah adat orang yang bercinta ada pasang surutnya. Cuma pada saya dalam hal ini saya mahu berkongsi apa saya rasa.

“Bagaimanapun apabila ada yang menghantar mesej menegur dan menasihati, barulah saya tersedar,” katanya.

Ditanya adakah kenyataan dimuat naik itu mendapat maklum balas dari kekasih hatinya Hafreez, katanya dia tidak mahu memikirkan mengenainya.

“Dia ada memuat naik pernyataan maaf tetapi ia dibuat secara umum. Mungkin pernyataan maaf itu membabitkan hal kerja dia,” katanya.

Ditanya mengenai situasi sekarang antara dia dan Hafreez, jelas Zara, buat masa ini mereka mahu memberi ruang antara mereka.

Disiarkan pada: September 22, 2018 @ 7:43pm
d