rap

Beyonce dituduh amal sihir

Oleh Michelle Gun

Percaya atau tidak, penyanyi tersohor Beyonce dituduh ahli sihir kerana mengamalkan ilmu hitam.

Tuduhan itu dinyatakan bekas pemain dram band Beyonce, Kimberly Thompson ketika membuat permohonan perintah larangan mahkamah terhadap penyanyi berkenaan.

Kimberly mendakwa penyanyi berusia 37 tahun itu sering mengganggunya de­ngan menggunakan sihir.

Tuduhnya lagi, penyanyi lagu Lemonade itu membunuh kucing peliharaannya, meletakkan alat pengesan dalam telefon dan mengawal kewangannya.

Bagaimanapun, pemain dram itu tidak menyatakan sebab Beyonce bertindak sedemikian.

Selain itu, Kimberly turut menuduh isteri Jay Z itu mencuri harta intelek dan cakera keras komputer selain menjejaskan hubungan peribadinya.

“Semua pertuduhan itu adalah benar dan saya dapat mengharunginya,” katanya kepada The Blast.

Difahamkan hakim sudah menolak permohonan Kimberly kerana tidak mempercayai Beyonce menggunakan ilmu hitam untuk mengawal kehidupan wanita itu.

Setakat ini, pihak Beyonce belum mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap tuduhan Kimberly .

Menurut The Sun, pemain dram itu bekerja untuk Beyonce selama tujuh tahun.

Dalam perkembangan lain, Beyonce bersama suaminya, Jay Z sibuk dengan jelajah konsert On The Run di beberapa lokasi di Amerika Syarikat.

Pasangan berkenaan akan menamatkan jelajah mereka di Seattle pada 4 Oktober ini.

Disiarkan pada: September 24, 2018 @ 11:44am
d