rap

Deepika, Ranveer kahwin 10 November

Oleh Najiy Jefri

Pasangan selebriti Deepika Padukone dan Ranveer Singh dilaporkan sudah ada tarikh untuk melangsungkan perkahwinan mereka.

Menurut sumber, pasangan serasi ini bakal disatukan pada 10 November depan di Lake Como, Itali.

“Pasangan ini dikatakan sudah merancang untuk berkahwin di Itali dan memilih Lake Como untuk meraikan hari bahagia itu.

“Lokasi terbabit dipilih oleh pasangan ini dan hanya ahli keluarga dan rakan rapat sahaja dibenarkan hadir,” katanya.

Tambah sumber, pasangan ini mengambil masa yang lama untuk menetapkan tarikh bahagia mereka.

“Ranveer dan Deepika mahu majlis persandingan mereka berjalan dengan baik.

“Bagi mereka, tarikh 10 November paling sesuai untuk kedua-dua keluarga,” katanya.

Disiarkan pada: September 25, 2018 @ 11:41am
d