rap

Kening anak Yana kena jahit...

Oleh Ardini Sophia Sina

ANAK pasangan pelakon Yana Samsudin dan Fadzil Zahari iaitu Aisy Mateen menerima enam jahitan selepas kepalanya terhantuk pada meja kaca.

Kata Yana, dia bagaimanapun bersyukur Mateen kini berusia 2 tahun hanya cedera di kening kiri dan tidak terkena mata.

"Mateen jalan laju tiba-tiba dia tersembam dan terhantuk pada meja kaca. Saya hampir muntah nampak darah banyak dan pada masa sama saya panik.

"Boleh dikatakan luka itu agak dalam juga sebab ada enam jahitan. Apa pun, saya bersyukur kerana kecederaan hanya di kening dan bukannya terkena mata," katanya.

Kelmarin, Yana Samsudin memuat naik beberapa keping gambar dengan kenyataan gambar meminta maaf daripada suaminya, Fadzil Zahari kerana tidak menjaga Mateen dengan baik.

Menerusi perkongsian itu juga, Yana menulis bahawa kejadian itu berlaku ketika mereka pulang ke kampung halaman di Yong Peng, Johor.

Sebentar tadi, Yana memuatnaik video Mateen yang sedang menangis ketika proses jahitan luka dijalankan.

Terdahulu, Yana dan Fadzil mendirikan rumahtangga pada 2015 dan dikurniakan putera sulung pada 21 Julai 2016.

Disiarkan pada: September 29, 2018 @ 3:44pm
d