rap

'Panggil saya Mya Ruslee'...

Oleh Najiy Jefri

“MULAI saat ini panggil saya Mya Ruslee bukan lagi Maya Matahari,” luah penyanyi ini mengenai penjenamaan terbaru nama pentasnya dalam industri seni hiburan.

Mya berkata, selepas hampir dua dekad menggunakan nama Maya Matahari, dia kini mahu dikenali sebagai Mya Ruslee.

“Sebenarnya tak kisah pun orang panggil Maya Matahari sebab sudah sinonim sejak dua dekad lalu. Lagipun ia ibarat jenama yang kuat.

“Cuma kalau boleh saya nak peminat sedar bahawa itu bukan nama komersial saya.

“Nama pentas saya ialah Mya Ruslee. Saya harap selepas ini orang akan panggil saya Mya Ruslee,”katanya.

Menurut Mya, dia juga tidak kisah mengenai ejaan nama Mya atau Maya untuk namanya.

“Saya tak kisah nak eja Maya atau Mya. Tapi yang tepat ialah Mya. Sebab nama sebenar saya pun ejaannya ialah Mya.

“Lagipun di pentas Gegar Vaganza 5 juga pihak produksi memperkenalkan saya sebagai Maya,”katanya.

Disiarkan pada: October 1, 2018 @ 4:30pm
d