rap

Twinkle rasa terpinggir

Oleh Najiy Jefri

Twinkle Khanna mendedahkan industri Bollywood sebagai perkara yang membosankan.

Khanna yang baru menerbitkan buku ketiganya berjudul Pyjamas Are Forgiving berkata, dia tidak berminat untuk menulis mengenai dunia Bollywood.

“Bagi saya Bollywood sangat membosankan. Saya tidak pernah terfikir untuk menulis mengenainya dalam kolum atau cerita pendek kerana saya tidak jumpa perkara yang menarik.

“Lagipun saya sudah lalui situasi ini dan mengapa saya perlu menulis mengenainya,” katanya.

Menurut Khanna, dia juga berasa dirinya dipinggirkan dalam industri filem Bollywood.

“Saya seboleh-bolehnya cuba mengelakkan untuk berada di set penggambaran filem,”katanya.

Disiarkan pada: October 2, 2018 @ 12:59pm
d