rap

SudyrTanya bersama Fikry Ibrahim [METROTV]

Oleh Sudirman Mohd Tahir

PELAWAK Fikry Ibarahim yang sebelum ini menyertai program Lawak Solo mengakui cabang lakonan lebih membawa tuah untuknya.

Fikry yang sebelum ini hanya melakonkan watak pembantu kini diberi tanggungjawab melakonkan watak utama dalam drama Cik Reen Encik Ngok Ngek.

Fikry juga menepis tanggapan segelintir pihak mengatakan hero perlulah berwajah ‘jambu’ dan sado.

Dalam masa sama, Fikry berkongsi keterujaan berlakon dengan Farah Nabilah. Meski drama itu gandingan pertama mereka, tetapi ia berjaya.

Selain itu, Fikry berkongsi prinsip diri yang mana tidak mahu menayang aurat wanita tidak berhijab di laman Instagram.

Disiarkan pada: October 3, 2018 @ 3:22pm
d