rap

Black lebih bersedia

Oleh Syafil Syazwan Jefri

MENGHITUNG hari kelahiran cahaya mata keduanya yang hanya tinggal lebih kurang tiga minggu saja lagi, penyanyi Black Hanifah, 31, sudah melakukan persiapan lengkap.

Black berkata, dia dan isteri lebih bersedia berbanding sewaktu menyambut kelahiran anak sulung mereka sebelum ini.

“Mungkin kerana kami sudah ada pengalaman, jadi persiapan kali ini dibuat lebih awal dan lengkap. Bilik untuk bayi serta barang keperluan juga sudah disediakan,” katanya kepada Harian Metro.

Isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira dijangka bersalin pada 6 November ini namun ia bergantung kepada pemeriksaan doktor sama ada akan dilahirkan secara normal atau menerusi pembedahan.

“Hari ini, Cira akan menjalani pemeriksaan kesihatan. Sehingga kini, berat kandungannya mencecah 2.5 kilogram dan bayangkan ia akan bertambah dalam masa beberapa minggu lagi.

“Apa pun, kami masih menantikan keputusan doktor sama ada bersalin secara normal atau pembedahan,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan terkini Cira, Black berkata isterinya mengalami gatal-gatal di badan.

“Tiga bulan pertama hamil dia ada masalah gatal-gatal di badan tetapi alahan itu hilang apabila masuk trimester kedua.

“Sejak sebulan lalu alahan itu datang balik. Selalunya dia akan terjaga sekitar jam 3 pagi.

“Baru-baru ini, alahan itu makin menjadi-jadi dan saya suruh dia bangun mandi,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan merakamkan detik kelahiran bayi kedua mereka, Black berkata ia bergantung kepada situasi.

“Kena tengok keadaan. Kalau rakam pun, mungkin untuk simpanan peribadi sahaja.

“Saya lagi suka tengok proses kelahiran itu secara langsung. Sewaktu isteri melahirkan anak pertama, saya saksikan proses itu dari awal sampai akhir,” katanya. sampai akhir,” katanya.

Black dan Cira berkahwin pada 13 September 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Khaleef Dayyan yang kini berusia tiga tahun.

Disiarkan pada: October 3, 2018 @ 4:45pm
d