rap

Muahciked: Hati-hati memandu

Oleh Ayda Jebat

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Adik harap kalian ceria dan gembira. Bagaimanapun, sekarang musim hujan jadi kena jaga diri. Maklumlah cuaca tak menentu dan sukar dijangka. Jika ada perancangan nak bersiar-siar hari ini, pesan Adik berhati-hati ketika memandu. Ini kerana malang tidak berbau.

Malah, ada kalanya kemalangan itu puncanya bukan daripada kita. Begitulah ujian dalam hidup manusia. Allah SWT akan menguji setiap hamba-Nya dengan pelbagai dugaan.

Apa pun, Adik sebenarnya ingin berkongsi rasa sedih dengan berita duka yang menimpa Allahyarham Wan Amirah Wan Alias, 31, baru-baru ini.

Akibat kerana kecuaian dan pemanduan tidak berhemah pihak lain di jalan raya, wanita tidak bersalah itu menjadi mangsa.

Adik ucapkan takziah kepada ibu bapa dan keluarga Allahyarham. Semoga tabah menghadapi dugaan besar ini.

Terus-terang, video kemalangan yang tular itu membuatkan Adik berasa marah dan geram dengan sikap pemandu terbabit. Sudahlah pemanduannya membabi buta hingga mengakibatkan orang lain menjadi mangsa. Sudah langgar, lari pula.

Memang tidak patut apa yang dilakukan dan Adik harap sangat pemandu itu mendapat hukuman setimpal.

Biarpun pihak tidak bertanggungjawab itu warga asing yang melanjutkan pengajian di negara ini, kematian Allahyarham perlu mendapat pembelaan wajar.

Untuk karier seni Adik, syukur jadual masih lagi padat dan tawaran pun tidak putus diterima. Inilah rezeki hujung tahun namanya. Bagi Adik, perjalanan kembara seni masih jauh dan usaha perlu ditingkatkan.

#semogatabah.

Disiarkan pada: October 21, 2018 @ 9:00am
d