rap

Alhamdulillah, keadaan semakin baik...

Oleh Najiy Jefri

“SAYA kini mengalami fasa anxiety (gangguan kebimbangan) dan depresi yang agak teruk.

“Jadi sekarang ini saya cuba menepis semuanya dengan perlahan-lahan,” kata pelakon Ardell Aryana yang enggan menambah beban apabila diminta memberi komen mengenai keadaan dan penyakit dihidapi.

Ardell berkata, buat masa ini dia enggan memberikan sebarang komen atau fikir mengenai tahap kesihatannya kerana dinasihatkan untuk tidak banyak berfikir.

“Saya belum sedia nak kongsi mengenai penyakit dihidapi sebab tak nak orang luar menyebut mengenai penyakit saya nanti.

“Ia akan buat saya bertambah sedih. Bagi saya, bila isu ini keluar rata-rata netizen akan anggap orang yang sakit kena terlantar. Tak boleh nak buat aktiviti macam orang sihat,” katanya.

Menurut Ardell, dia kini dalam tempoh untuk melawan penyakit dihidapi, namun bersyukur keadaannya bertambah baik berbanding sebelum ini.

“Alhamdulillah saya lebih baik dari sebelum ini. Cuma ada masanya sakit. Saya minta maaf kerana tidak dapat berkongsi banyak benda mengenai personal (hal peribadi).

“Saya takut dalam pada yang mendoakan, ada yang lemparkan kata-kata tidak menjaga sensitiviti saya dan keluarga .

“Jadi selepas berbincang dengan keluarga , sebaiknya saya tidak keluarkan sebarang kenyataan,” katanya.

Ardell sebelum ini dikatakan sedang menghidap kanser tahap tiga.

Disiarkan pada: October 22, 2018 @ 7:31pm
d