rap

Keluarga pernah halang Kajol berkahwin

Oleh Najiy Jefri

Aktres jelita Kajol mendedahkan rahsia di sebalik perkahwinannya dengan aktor Ajay Devgan pada 1999.

Kajol berkata, ketika dia nekad mendirikan rumah tangga ramai menentang keputusan itu termasuk keluarganya.

“Ayah saya tidak bercakap dengan saya selama seminggu ketika beritahu ingin berkahwin.

“Saya masih ingat lagi kata-katanya iaitu saya masih muda dan kerjaya sedang berkembang mengapa perlu berkahwin secepat ini,” katanya.

Menurut Kajol, antara rahsia rumah tangganya masih bertahan sehingga kini adalah kerana anak.

“Hubungan kami masih kekal harmoni kerana bekerja dalam bidang yang sama dan mempunyai dua cahaya mata.

“Kami perlu bertanggungjawab dengan anugerah yang diberikan ini dan perlu membesarkan mereka dengan baik,” katanya.

Kajol dan Ajay mendirikan rumah tangga pada 1999 dan dikurniakan dua zuriat yang diberi nama Nysa serta Yug.

Disiarkan pada: October 23, 2018 @ 11:50am
d