rap

Teks ucapan dah siap, trofi 'coming soon'

Oleh Amirul Haswendy Ashari.

PENGACARA dan penyampai radio, Jaa Suzuran, 24, akui sudah pun menyiapkan teks ucapan terima kasih kepada keluarga dan peminat yang menyokongnya jika menggenggam trofi sebarang anugerah dalam industri hiburan.

"Biasa lah, saya memang suka berangan dan berharap satu hari nanti dapat menggenggam trofi sama ada artis popular atau terbaik pada masa depan.

"Lagi pun tidak salah untuk menyimpan impian kerana tiada yang mustahil jika saya fokus dengan apa yang saya mahukan sebaik saja masuk ke dalam industri hiburan," katanya.

Jaa berkata, dia menganggap pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak sebagai idolanya dalam industri.

Katanya, Zizan ada kelebihan menghiburkan peminatnya dan perkara itu menjadikan dia popular sehingga kini.

Bagi memenuhi impian menggenggam trofi dan mengikut jejak langkah idolanya, Jaa mahu memberanikan diri menceburi bidang lakonan dalam pelbagai genre.

Selepas beraksi dalam telefilem seram berjudul Korban Penunggu Hospital, dia bakal muncul memegang watak utama dalam filem romantik komedi terbitan Pencil Pictures & Records.

Filem berjudul Autumn In Wales (Musim Luruh di Wales) #CintaMestiMenang arahan Rahila Ali itu menjalani penggambaran di Wales dan akan ditayangkan pertengahan tahun depan.

Disiarkan pada: October 23, 2018 @ 12:39pm
d