rap

Wany Hasrita tutup akaun IG?

Oleh Najiy Jefri

PENYANYI Wany Hasrita memilih menyahaktif akaun Instagram (IG) buat sementara waktu kerana ingin merehatkan diri daripada menggunakan media sosial.

Wany berkata, dia mengakui penggunaan media sosial dengan kerap boleh memberi kesan buruk kepada individu.

“Ahad lepas akaun Instagram saya mengalami masalah hingga saya perlu menukar kata laluan dan e-mel baru.

“Disebabkan itu saya mengambil langkah untuk berehat sekejap dari menggunakan media sosial.

“Lagipun penggunaan media sosial ini boleh menjadi toksik kepada kita jika terlalu bergantung kepadanya,” katanya.

Menurut Wany, penutupan sementara akaun IG membolehkan dirinya menikmati kehidupan seperti manusia biasa.

“Saya rindukan kehidupan asal yang mana saya mempunyai banyak masa terluang dengan orang tersayang.

“Selain itu, saya juga perlukan masa untuk diri sendiri supaya dapat bertenang. Bagaimanapun saya akan membuka semula akaun Instagram dalam waktu terdekat ini,” katanya.

Disiarkan pada: October 23, 2018 @ 5:13pm
d