rap

Bapa Wak Doyok meninggal dunia

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PELAKON dan ikon fesyen, Wak Doyok, mengesahkan bapanya, Mohd Nor Abd Hamid meninggal dunia pada 6.25 pagi tadi.

Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Mohd Nor, 39, berkongsi berita duka itu menerusi Facebook miliknya.

"Salam semua. Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un. Baba (bapa) saya baru sahaja meninggal dunia. Tolong sedekahkan Al-Fatihah buat Baba saya," tulisnya di Facebook.

Wak ketiga dihubungi memberitahu, Mohd Nor, 86, meninggal dunia akibat sakit di bahagian usus dan komplikasi jantung.

"Sebelum ini, pada 21 Oktober, bapa saya menjalani pembedahan di bahagian usus, namun selepas selesai dibedah, jantungnya jadi semakin lemah.

"Bapa saya sakit tak lama. Cuma lima hari. Pagi ini, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia," katanya kepada Harian Metro.

Allahyarham Mohd Nor akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, hari ini.

Disiarkan pada: October 25, 2018 @ 12:54pm
d