rap

Sabyan Gambus datang Malaysia

Oleh Ardini Sophia Sina

KUMPULAN nasyid dari Indonesia, Sabyan Gambus teruja menantikan konsert sulung mereka di negara ini Januari tahun depan.

Kumpulan itu dianggotai enam anak muda berharap konsert mereka akan menjadi landasan bagi kumpulan itu melebarkan sayap di Malaysia.

"Kami bangga dan berbesar hati dapat mengadakan konsert di Malaysia. Kami harap konsert akan mengeratkan silaturahim kami dengan peminat di Malaysia.

"Pada masa sama, Sabyan berharap dapat diterima bukan hanya di Malaysia tetapi juga di negara Asia seperti di Brunei dan Singapura," kata pemain kibod, Fairuz pada temubual menerusi Skype, hari ini.

Ditubuhkan pada 2015, kumpulan Sabyan Gambus dianggotai Khoirunnisa Alias Nissa sebagai vokalis, Ahmad Fairuz (kibod), Sofwan Yusuf (perkusi), Kamal (darbuka), Tubagus Syaifulloh (biola) dan Anisa Rahman (vokalis kedua).

Kumpulan itu mencetus fenomena di Malaysia dan Indonesia apabila memuat naik cover lagu Deen Assalam nyanyian asal Sulaiman Al Mughni pada Mei lalu.

Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019 bakal berlangsung pada 12 Januari di Stadium Malawati, Shah Alam.

Berita berkaitan:Nissa Sabyan kegilaan ramai

Disiarkan pada: October 30, 2018 @ 5:44pm
d