rap

Mahu beli rumah buat ibu

Oleh Georgie Joseph

PELAKON dan penyanyi Janna Nick sanggup bekerja keras dan tidak kisah dengan jadual kerja terlalu padat asalkan dia dapat memenuhi impian membeli rumah untuk ibunya, Shahzani atau Mama Scha.

Janna, 23, berkata, itu antara azamnya tahun depan dan disebabkan itulah kebelakangan ini dia bekerja keras dalam kariernya sebagai penyanyi dan pelakon.

“Itulah saya tengah usahakan sekarang. Bagaimanapun, saya tidak mahu terburu-buru untuk membeli rumah berkenaan. Saya perlu berhati-hati dan teliti memilih rumah itu,” katanya.

Pelakon itu ditemui pada acara Ramah Mesra Watson’s bersama Janna Nick di pusat beli-belah di Putrajaya, hari ini. Janna berkata, jadual kerjanya tahun ini padat disebabkan banyak tawaran diterima sejak tahun lalu perlu diselesaikan.

“Tahun ini saja memang saya kerja terus sehingga tiada cuti. Ini disebabkan saya perlu menyelesaikan semua tawaran yang sudah saya terima sejak tahun lalu.

“Bagaimanapun, saya memang bercadang untuk bercuti apabila semua kerja itu selesai,” katanya.

Pada acara berkenaan, lebih 500 peminat hadir untuk bertemu Janna secara lebih dekat. Janna turut meluangkan masa mengambil foto bersama peminat-peminat bertuah.

Disiarkan pada: November 3, 2018 @ 9:31pm
d