rap

Mahu jadi penyanyi rap hijabi

Oleh Michelle Gun

Juara program realiti Big Stage, Sarah Suhairi menyatakan hasrat ingin menjadi penyanyi rap hijabi pertama Malaysia.

Penyanyi berusia 18 tahun itu berkata demikian selepas berjaya menyampaikan beberapa baris rap dengan sempurna dalam single kedua Nyawa dan Raga.

“Lagu ini yang pertama kali saya nyanyi rap. Genre itu antara kegemaran saya dan selalu dengar lagu rap antarabangsa.

“Mungkin pada masa depan, saya akan mengeluarkan lagu rap sepenuhnya,” katanya di Majlis Pelancaran Nyawa dan Raga, hari ini.

Mengenai komen segelintir netizen mengenai video muzik Nyawa dan Raga yang dikatakan tidak kena dengan lirik, Sarah menjelaskan mahu menampilkan kelainan.

“Penyanyi baru sekarang juga menggunakan kaedah sama dalam video muzik mereka agar nampak lain.

“Bagi saya, penyanyi bebas tampil dengan apa saja kandungan dalam video muzik asalkan tidak melampau batas,” katanya.

Video muzik rasmi Nyawa dan Raga ditonton hampir 2 juta kali sejak dimuatnaik di YouTube 15 Oktober lalu.

Disiarkan pada: November 8, 2018 @ 7:44pm
d