rap

'Baby Shima terharu...'

Oleh Rudy Imran Shamsudin

PENYANYI, Baby Shima terharu dengan syarat kumpulan Floor 88 yang tidak mahu menyanyikan single duet terbaru mereka ‘Roadblock Hatiku’, secara langsung, tanpa kehadirannya.

Menurutnya, Floor 88 mengenakan syarat itu walaupun lagu berkenaan sudah didengari hampir sembilan juta kali di laman YouTube.

"Dalam waktu sama, saya rasa bertuah kerana Floor 88 sudi bekerjasama dan menampilkan saya dalam lagu terbaru mereka,” katanya yang ketika ini berada di Jakarta atas komitmen kerja.

Baby Shima menjelaskan, dia bukan sengaja tidak mahu membantu Floor 88 untuk mempromosikan single itu, namun kerana terikat dengan jadual kerja yang padat di Indonesia.

“Lagipun, saya difahamkan oleh pihak pengurusan saya bahawa syarikat rakaman Floor 88, MVM Production merangka jadual promosi Roadblock Hatiku pada Januari depan.

“Pihak pengurusan saya menanti jadual penuh promosi dari pihak MVM Production bagi membolehkan saya pulang (ke Malaysia) dan membantu mempromosikan single terbaru kami,” katanya.

Disiarkan pada: November 20, 2018 @ 7:30pm
d