rap

'Gementar... takut orang tak datang'

Oleh Michelle Gun

PELAKON Atikah Suhaime gementar kerana bimbang tiada tetamu hadir ke majlis perkahwinannya yang akan berlangsung di Singapura pada 17 Mac depan.

Atikah, 27, berkata sebelum ini terpaksa menolak banyak jemputan perkahwinan rakannya di Singapura kerana terlalu sibuk.

“Saya rasa bersalah tidak dapat pergi majlis rakan. Bukan sengaja tetapi saya berada di Malaysia dan sibuk dengan karier seni.

“Ibu pernah pesan supaya pergi majlis perkahwinan orang. Sekarang, saya risau kalau saudara mara dan rakan-rakan tidak datang ke majlis sendiri,” katanya.

Menurut pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu, seramai 1,000 tetamu termasuk ahli keluarga dari pihak pengantin lelaki dan perempuan dijemput ke majlis perkahwinan dengan penyanyi Awi Rafael.

“Majlis akad nikah akan berlangsung waktu pagi diikuti resepsi perkahwinan mengikut adat orang Jawa pada tengahari. Manakala resepsi bertemakan moden di sebelah malam,” katanya.

Selepas mendirikan rumah tangga, Atikah tetap aktif berlakon dan sudah berbincang dengan bakal suami mengenai soal kerjaya.

Pada Mac lalu, Atikah dan Awi bertunang di sebuah majlis di Singapura selepas lapan tahun berkenalan.

Disiarkan pada: November 21, 2018 @ 7:53pm
d