rap

Siti Nurhaliza memasak pula...

Oleh Sudirman Mohd Tahir

PEMINAT berpeluang menyaksikan Datuk Seri Siti Nurhaliza memasak secara langsung dalam sebuah program, awal tahun depan.

Siti Nurhaliza berkata, dia akan cuba memasak masakan kegemarannya iaitu ikan patin masak tempoyak, ketam telur masin dan ‘Swedish Meatballs’.

“Selain kerjaya sebagai penyanyi, di rumah saya juga seperti wanita lain yang gemar memasak. Walaupun tak terlalu mahir, tetapi bolehlah.

“Jadi, antara perkara dititikberatkan adalah periuk bagi memudahkan proses berkenaan,” katanya yang turut dilantik sebagai duta produk peralatan memasak selama tiga bulan.

Katanya, apabila diberi tawaran itu, dia berasakan ia sesuatu yang baru sepanjang lebih 20 tahun dalam bidang seni.

“Saya mahu memasak masakan yang selalu dimasak. Lagi pun, peminat selalu bertanyakan resipi. Jadi, inilah peluang untuk mereka melihat sendiri secara langsung,” katanya yang juga mahu menghadiahkan produk itu kepada ibunya, Siti Salmah Bachik.

Siti Nurhaliza berkata, ibunya juga suka memasak terutama selepas dia membuka restoran dan menjadi tukang masak di situ.

“Insya-Allah, pada program itu nanti saya yakin peminat akan tertarik nak membeli. Malah, saya berharap mereka akan menyukainya,” katanya.

Disiarkan pada: November 29, 2018 @ 9:27pm
d