rap

'Janganlah tulis komen kotor, hina...'

Oleh Michelle Gun

PELAKON Jue Aziz memberi amaran kepada netizen supaya tidak meninggalkan komen berbaur lucah di akaun media sosial artis.

“Tolong hormat ruangan kami dengan kata-kata membina, bukan dengan kata-kata hina, kotor dan lucah,” katanya.

Jue, atau nama sebenar Zuliana Abdul Aziz, 34, membuat kenyataan itu berikutan beberapa kali diganggu lelaki yang meninggalkan komen tidak senonoh di ruang Instagram miliknya.

“Kami juga ada hati dan perasaan yang perlu dijaga, kami sanggup luangkan masa untuk pengikut tetapi bukan cara ini kami dilayab untuk kamu melepaskan kepuasan nafsu kamu yang jijik!

“Disebabkan segelintir sikap beginilah boleh membuatkn kami dipandang hina dan seolah tiada maruah,” katanya.

Menurut pelakon drama Impak Maksima The Series itu, akaun Instagram lelaki terbabit sudah beberapa kali disekatnya, namun masih menganggunya ketika siaran langsung Senja FM di Instagram, kelmarin

“Pengikut suruh tamatkan LIVE #SenjaFm kerana risau akan mengaibkan Jue dengan kata-kata yang kotor, takut budak bawah umur tengok memang tidak manis!” Katanya.

Dalam pada itu, Jue mendoakan agar individu terbabit diberikan hidayah dan insaf.

“Pada pengikut yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan doa baik, hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kalian. Amin,” katanya.

Disiarkan pada: December 10, 2018 @ 6:37pm
d