rap

Jihan kena bedah

Oleh Michelle Gun

PELAWAK dan pengacara terkenal Jihan Muse menjalani pembedahan kecil di sebuah hospital swasta di Shah Alam, hari ini.

Berita itu dikongsi Jihan, 35, menerusi Instagram, petang tadi namun tidak menyatakan masalah kesihatan yang dihadapinya.

“Alhamdulillah selesai sudah minor operation. Thank you Dr Sarinah dan team yang hebat dan baik-baik belaka," tulisnya.

Isteri kepada pelakon Ungku Hariz Ungku Mohamed Fadli itu turut menjelaskan dia bukan mengandung anak kedua.

"Yang DM ucap tahniah, tak saya bukan mengandung. Urusan kerja dan yang penting boleh WhatsApp. Moga terhapus dosa-dosa lalu, InshaaAllah," katanya.

Pengacara itu turut mengingatkan pengikutnya supaya sentiasa menjaga kesihatan.

Disiarkan pada: December 18, 2018 @ 9:22pm
d