rap

Tiger, Disha hanya kawan biasa

Oleh Najiy Jefri

Sejak kebelakangan ini bertebaran gosip cinta antara pelakon Tiger Shroff dan Disha Patani.

Terbaru pasangan ini dikatakan menghadiri satu majlis makan malam penuh romantik bersama.

Bagaimanapun, mereka menafikan mengenai hubungan cinta yang terjalin walaupun sering dilihat bersama dalam beberapa acara hiburan.

Tiger mendedahkan hubungannya dengan Disha sekadar kawan baik.

Kata pelakon filem Baaghi 2 itu, antara sebab mengapa dia selesa berkawan dengan Disha kerana dia wanita yang banyak memberi inspirasi dan bekerja keras.

“Saya selesa berkawan dengannya dan berharap hubungan yang terjalin berjalan dengan baik,” katanya.

Disiarkan pada: December 19, 2018 @ 9:22am
d