rap

[UPDATE] 'Kesihatan ayah ok tapi...'

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

“AYAH memang menghidap darah tinggi dan kencing manis, tapi dia patuh makan ubat dan tiada sebarang masalah serius.”

Begitu kata Mohamad Naim, 23, mengenai keadaan kesihatan bapanya, Ustaz Radzi yang juga penyanyi kumpulan Melissa sebelum mengadakan persembahan malam semalam.

Radzi atau nama sebenar Mohd Radzi Abdul Hamid, 55, rebah selepas 12 saat mendendangkan lagu Kami Mat Rock dalam program Hiburan Santai Seniman di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur.

Naim berkata, kesihatan bapanya juga baik ketika bertolak ke Kuala Lumpur untuk persembahan berkenaan.

“Selain menyanyi, ayah juga terbabit dengan program masjid di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya.

“Dia berkejar ke program itu, balik ke hotel dan terbabit dengan latihan bersama Melissa. Secara tak langsung ia agak memenatkan,” katanya.

Katanya, bapanya turut bercadang untuk hadir lagi ke program masjid hari ini, namun hasratnya tidak kesampaian.

Berita berkaitan

[UPDATE] Prinsip dakwahnya perlu dicontohi...

'Siapa sangka ini yang terakhir'

Ustaz Radzi meninggal dunia

Disiarkan pada: December 23, 2018 @ 5:59pm
d