rap

Izzue makin seronok

Oleh Amirul Haswendy Ashari

WALAUPUN berdepan isu dengan kumpulan Forteen sehingga membuatkan mengambil keputusannya untuk keluar dan bergerak solo, Izzue Islam, 28, tetap optimis.

Bak kata pepatah Inggeris, ‘a blessing in disguise’,Izzue mengambil sisi pengalaman itu untuk fokus pada banyak bidang lain yang pernah diimpikan.

Antara impian pemenang Pelakon Harapan Lelaki, Festival Filem Malaysia ke-25 menerusi filem 29 Februari ini untuk aktif dalam bidang pengacaraan akhirnya mula menampakkan hasil.

“Sebelum ini saya pernah menyatakan hasrat mahu mencuba bidang pengacaraan, tidak sangka rezeki bidang ini akhirnya Allah makbulkan.

“Syukur, ramai mula memberikan kepercayaan dan jujurnya, saya seronok mengendalikan beberapa program sebagai pengacara,” katanya.

Izzue berkata, dia baru saja mengendalikan program 13 episod berjudul Wira Remaja terbitan RTM dan kemudiannya mengendalikan program masakan, Resipi Rezeki bersama Jaa Suzuran. Antara pengalaman tidak boleh dilupakan ketika mengacaraWira Remaja adalah bertemu dengan ikon muda yang berjaya di peringkat nasional sehingga antarabangsa.

Katanya, selama 13 episod, dia bertemu hampir 30 ikon muda dalam bidang pertanian, perniagaan, sukan dan banyak lagi.

“Ada yang saya temui ialah lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) yang berjaya dalam bidang perniagaan kerana mengikut ibunya berniaga,” katanya. Izzue berkata, disebabkan jadual aktiviti pengacaraan yang semakin padat, dia terpaksa menolak banyak tawaran berlakon.

Katanya, kebanyakan tawaran berlakon terpaksa ditolak kerana bertembung dengan jadual sedia ada, bukan kerana sengaja memilih untuk menolaknya.

Dia yang bakal muncul dengan dua filem tahun depan mengakui teruja kerana dua filem berkenaan iaitu Bella & Jamie dan XX Ray3akhirnya akan ditayangkan.

Dua filem itu mengambil masa lama sebelum menemui penonton tahun depan.

XX Ray3yang menjalani penggambaran pada 2015 bakal ditayangkan pada 24 Januari manakala, Bella & Jamie pula dijangka dua minggu selepas tayangan XX Ray 3.

“Dua filem itu dikira sebagai produk pertama saya untuk tahun 2019,” katanya. XX Ray3arahan Aziz M

Osman adalah sekuel kepada filem XX Ray (1992) dan XX Ray2(1995) menampilkan pelakon seperti Ardell Aryana, Ashraf Muslim, Dazrin Kamarudin, Saiful Apek dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Manakala Bella&Jamie arahan pengarah muda berbakat Fairul Nizam Ablah dibarisi pelakon seperti Juliana Evans, Dynas Mokhtar dan Khir Rahman.

Disiarkan pada: December 24, 2018 @ 7:58pm
d