rap

Tak sabar tunggu konsert Siti

Oleh Cik Pang

Berita gembira yang Cik Pang dengar untuk minggu ini mengenai penjualan tiket konsert Siti Nurhaliza On Tour Kuala Lumpur yang sangat laris.

Ramai rakan Cik Pang sendiri pun berpusu-pusu melayari laman web myticket.asia untuk mendapatkan tiket konsert masing-masing.

Daripada apa yang Cik Pang perhatikan, Datuk Seri Siti Nurhaliza sentiasa menunjukkan penghargaannya terhadap sokongan peminat dengan pelbagai cara.

Kerana itulah, walaupun ada pelbagai konsert dianjurkan di Malaysia, konsert Mustika Hati Malaysia ini masih sentiasa dinantikan peminat.

Bukan saja peminat, bahkan artis tempatan pun ramai yang berebut-rebut mendapatkan tiket.

Antaranya, Khai Bahar, Wany Hasrita, Mira Filzah, Siti Elizad dan ramai lagi.

Tentunya, semua tak sabar menantikan persembahan hebat daripada Siti di konsert yang akan berlangsung pada 16 Mac depan.

Cik Pang sendiri pun dah beli tiket tau. Jangan main-main.

Disiarkan pada: January 6, 2019 @ 10:00am
d