rap

'Relax people...' - Liyana Jasmay

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PELAKON Liyana Jasmay menerusi akaun Instagramnya meminta netizen bertenang apabila ramai yang melontarkan komen selepas dia memuat naik fotonya memakai ‘snow cap’, yang menampakkan bahagian rambut.

Liyana, 30, yang berada di Kota London, membalas beberapa komen di gambar yang dimuat naik beberapa hari lalu yang rata-rata, menegur dan memberikan nasihat.

“Yesss, just a lil bit. Relax people. No need to go crazy. (Ya, hanya sedikit. Bertenang semua. Tidak perlu menggila),” balasnya di ruangan komen apabila ada netizen yang memberitahu bahawa rambutnya kelihatan.

Dalam satu komen yang lain, Liyana juga menulis bahawa dia memaafkan setiap kata-kata netizen yang meninggalkan komen.

“Saya maafkan anda kerana menulis komen sinikal di ‘wall’ saya,” tulisnya.

Dalam gambar itu, Liyana mengenakan ‘snow cap’ bagi menggantikan tudung seperti yang selalu dipakainya.

Kerana itu, rambutnya tidak ditutup sepenuhnya menyebabkan sebahagian kecil rambutnya kelihatan terkeluar di bahagian tepi dari ‘snow cap’.

Gambar itu mendapat lebih 17,600 ‘like’ dan hampir 300 komen daripada netizen.

Disiarkan pada: January 7, 2019 @ 2:53pm
d