rap

Khloe mahu tambah anak

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Bintang realiti TV Keeping Up With the Kardashians, Khloe Kardashian meluahkan hasrat untuk menambah anak.

Minggu lalu, Khloe, 34, menjawab pertanyaan peminat di Twitter dengan penuh teruja mengatakan kehidupannya akan bertambah sempurna sekiranya dikurniakan seorang lagi anak di samping anak sulungnya, True yang kini berusia lapan bulan.

“Saya sayangkan True sepenuh hati dan kehidupan saya sangat sempurna dengan kehadirannya.

“Saya boleh bayangkan jika saya dikurniakan seorang lagi cahaya mata, tentu kehidupan saya akan bertambah sempurna,” tulisnya.

Bagaimanapun, dia menyerahkan semuanya kepada takdir.

“Saya rasa hanya waktu yang akan menjawabnya dan terima setiap apa yang diberikan Tuhan kepada saya,” katanya.

Dalam pada itu, sumber terdekat Khloe dan pasangannya, Tristan Thompson memberitahu media antarabangsa, mereka berdua sedang berusaha untuk mendapatkan anak.

“Mereka sedang berusaha, namun belum ada berita gembira. Khloe sememangnya bahagia bergelar ibu dan dia mahukan adik untuk True,” katanya.

April tahun lalu, tersebar berita mengenai Tristan yang juga pemain bola keranjang curang terhadap Khloe.

Namun, Khloe yang ketika itu hamil sembilan bulan tidak mahu berhenti berjuang untuk keluarga kecil mereka.

Disiarkan pada: January 8, 2019 @ 10:27am
d