rap

'Erwin bukan jodoh saya'

Oleh Ramlah Zainal

“ERWIN, lelaki yang baik tetapi dia bukan jodoh saya.

“Kami tiada persefahaman dan masing-masing perlukan ruang untuk perbaiki diri.

“Saya juga putuskan untuk mengakhiri hubungan kami kerana tiada keserasian lagi,” kata pelakon meningkat naik Julia Farhana Marin, 26, ketika mengulas hubungan cintanya dengan pelakon Erwin Dawson, 29, ketika ini.

Menurut heroin drama bersiri Salon untuk stesen ntv7 dan saluran Viu itu, kali terakhir dia berhubung dengan Erwin ialah pada Disember tahun lalu.

“Selepas putus pada awal November tahun lalu, kami kembali menjalinkan hubungan kerana saya mahu memberikan peluang kedua padanya.

“Namun, selepas lebih seminggu kembali bercinta, saya melihat tiada persefahaman dalam hubungan kami untuk ke fasa perkahwinan,”katanya kepada Harian Metro.

Diminta mengulas punca perpisahan, kata Julia, dia masih sukar melupakan episod hitam yang pernah dilalui dalam

hubungan mereka sebelum ini.

“Hati saya masih terluka lagi dengan apa yang pernah berlaku sebelum ini.

“Saya perlukan lebih banyak ruang untuk diri sendiri dan terus terang belum bersedia untuk berumah tangga,” katanya.

Pada masa sama, kata Julia, buat masa ini,dia mahu ketepi dulu soal cinta dan mahu fokus pada karier seni.

“Saya sudah rimas orang asyik tanya pasal kisah cinta dan hubungan dengan Erwin,” katanya.

Berita berkaitan:

  • Julia, Erwin masih bersama
  • 'Erwin calon terbaik'
  • Disiarkan pada: January 8, 2019 @ 3:47pm
    d