rap

Bapa Aizat meninggal dunia [METROTV]

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

BAPA kepada penyanyi dan komposer Aizat Amdan iaitu Datuk Amdan Haji Mat Din meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Ampang, 1.10 pagi, hari ini.

Berita sedih ini dikongsi oleh Aizat menerusi Instagram awal pagi tadi

“Assalamualaikum, dukacitanya, ayah saya Amdan bin Hj Mat Din telah meninggal dunia jam 1.10 am tadi. Rabu 9hb 2019. Al-Fatihah,” tulisnya.

Terdahulu Aizat, 30, pernah memberitahu ayahnya diserang angin ahmar dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Oktober 2017.

Ia menyebabkan sebelah kanan badan ayahnya lumpuh.

Bapanya adalah penyokong kuat kerjaya seni Aizat serta sumber inspirasinya untuk berkarya.

Penghormatan terakhir untuk Allahyarham akan berlangsung dari 9 pagi hingga 11 pagi di kediaman mereka di No 630, Jalan 8, Taman Ampang Utama.

Solat jenazah akan diadakan di Masjid Jamiul Huda, Kampung Melayu Ampang selepas solat Zohor.

Pihak keluarganya turut memberitahu, lokasi pengebumian jenazah akan dimaklumkan kemudian.

Disiarkan pada: January 9, 2019 @ 8:01am
d